Arab (penyanyi)

Allahyarham Syed Azlan bin Syed Abu Bakar (Jawi: سيد عزلن بن سيد ابو بكر; lahir 1966) atau lebih dikenali sebagai Arab, merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman. Arab terkenal melalui duo Arab & Aidit yang dianggotai beliau bersama pemuzik dan komposer terkenal Aidit Alfian. Mereka popular dengan lagu-lagu berentak balada seperti Bila Bulan Berwarna Biru dan Warna Hampa.Arab juga pernah menganggotai kumpulan rock lagenda Lefthanded sebagai penyanyi jemputan. Beliau bersama pemain dram lagenda, Tom Anuar, menyertai Lefthanded apabila Lefthanded terpilih menjadi kumpulan jemputan untuk pembukaan konsert kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat, Mr. Big di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1994. Persembahan pembukaan mereka pada konsert tersebut dirakamkan secara langsung dan dimuatkan di dalam album Nafas yang dikeluarkan pada tahun 1996. Selain itu, Arab juga pernah berkhidmat sebagai penerbit rakaman dan pegawai Artiste and Repertoire (A&R) untuk syarikat rakaman terkenal seperti Warner Music Malaysia dan Universal Music Malaysia.

Arab (penyanyi)

Dikebumikan Labis, Johor
Pekerjaan Penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman, pegawai Artiste and Repertoire (A&R) Warner Music Malaysia dan Universal Music Malaysia
Pasangan Marina Abdul Manap
Tahun aktif 1990–2016
Pengkarya berkait Aidit Alfian, Dato' M. Nasir, Dato' Hattan, Hillary Ang, Allahyarham Saleem, Allahyarham Samad, kumpulan Lefthanded, Erra Fazira, Hazami
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman EMI Malaysia
Terkenal kerana Penyanyi untuk duo terkenal tahun 1990-an, Arab & Aidit bersama Aidit Alfian yang popular dengan lagu-lagu seperti Bila Bulan Berwarna Biru dan Warna Hampa, serta penyanyi jemputan untuk album Nafas kumpulan rock Lefthanded
Meninggal dunia 12 November 2016 (umur 49–50)
Pendidikan Sekolah Menengah Sains Johor
Sebab kematian Komplikasi jantung
Kelahiran
Syed Azlan bin Syed Abu Bakar

1966
Genre Rock, pop, balada